Lelaki rentung dalam kebakaran rumah teres

Seorang lelaki ditemukan rentung di dalam sebuah rumah teres di Taman Pandan Jaya, Ampang selepas kediamannya terbakar malam tadi. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
Seorang lelaki ditemukan rentung di dalam sebuah rumah teres di Taman Pandan Jaya, Ampang selepas kediamannya terbakar malam tadi. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung di dalam sebuah rumah teres di Taman Pandan Jaya, Ampang di sini selepas kediamannya terbakar malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.30 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, pihak kami mendapati rumah berkenaan sedang marak terbakar.

"Mangsa yang berusia 48 tahun terbakar 100 peratus dan hasil siasatan dipercayai mangsa terperangkap serta tidak dapat menyelamatkan diri semasa kebakaran itu berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Beliau berkata, rumah mangsa didapati terbakar 90 peratus dan bomba berjaya mengawal kebakaran pada kira-kira 9 malam.

Katanya punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: