X

Kindly register in order to view this article
!

HeiTech Padu peroleh kontrak bernilai RM33.92 juta daripada Jabatan Imigresen

HiTech
A
A

KUALA LUMPUR - HeiTech Padu Bhd menandatangani surat lantikan (LoA) bagi kontrak penyenggaraan dan perkhidmatan menyeluruh aplikasi Sistem Imigresen Jabatan Imigresen Malaysia (MyIMMs) bernilai RM33.92 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat berkenaan berkata, kontrak tersebut adalah bagi tempoh 36 bulan yang bermula pada 18 Feb, 2021 hingga 17 Feb, 2024.

HeiTech Padu Bhd adalah penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu.

“Ahli lembaga pengarah berpendapat pelaksanaan kontrak ini adalah urusan biasa perniagaan dan demi kepentingan terbaik kepada syarikat.

“Kontrak itu diharapkan dapat memberi impak positif kepada pendapatan serta pendapatan sesaham HeiTech pada masa depan.

"Bagaimanapun, kontrak tersebut tidak akan memberi kesan ketara kepada dasar dividen, modal saham dan pemegangan saham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!