SPRM tahan pengurus ladang pecah amanah RM20,000

KARUNANITHY
KARUNANITHY
A
A
A

SANDAKAN – Seorang pengurus ladang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyalahgunakan wang tabung pekerja ladang sebanyak RM20,000 pada 2018.

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira- kira jam 9 pagi Isnin di pejabat SPRM Sandakan.

Menurut sumber, wang itu didakwa dikeluarkan oleh suspek melalui enam keping cek dari sebuah bank.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada Selasa.

Artikel Berkaitan: