X

Kindly register in order to view this article
!

Presiden Ghana penerima pertama vaksin skim Covax

Akufo-Addo pada Isnin diberikan suntikan vaksin pertama di bawah skim global Covax. - Foto: Agensi
A
A

ACCRA - Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo pada Isnin menjadi penerima pertama di dunia diberikan suntikan vaksin Covid-19 di bawah skim global Covax yang mengedarkan bekalan vaksin secara percuma kepada negara miskin.

"Adalah penting untuk saya menjadi contoh bagimembuktikan vaksin ini adalah selamat. Oleh itu, seluruh rakyat negara ini akan lebih berasa yakin dan selesa untuk mendapatkan suntikan vaksin," ujar pemimpin berusia 76 tahun itu sebelum diberikan suntikan dos vaksin Oxford-AstraZeneca yang turut disiarkan secara langsung.

Wanita Pertama, Rebecca juga diberikan suntikan vaksin itu, sehari sebelum kira-kira 600,000 dos diedarkan ke seluruh negara.

Bulan lalu, Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-ubatan Ghana meluluskan vaksin dihasilkan India dan Rusia digunakan di Accra selepas pemerintah menyasarkan untuk memvaksin 20 juta daripada 30 juta populasi menjelang akhir tahun ini.

Pada Rabu lalu, Ghana menjadi negara pertama menerima bekalan vaksin daripada Covax yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kira-kira 145 negara ekonomi dijangka menerima 337.2 juta dos vaksin menjelang pertengahan tahun ini yang mencukupi untuk memvaksin lebih tiga peratus populasi yang digabungkan.

Covax berharap untuk meningkatkan penghantaran bekalan vaksin sebanyak 27 peratus ke negara berpendapatan rendah menjelang Disember depan. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!