Jimmy Black akhirnya serah diri

HAZANI GHAZALI
HAZANI GHAZALI
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki yang terbabit dalam kes rusuhan sehingga menyebabkan kematian di sebuah restoran di Beaufort akhirnya menyerah diri selepas diburu lebih dua bulan lalu.

Suspek Hobalan N Vello atau dikenali sebagai Jimmy Black ditahan di Jalan Tunku Abdul Rahman berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kira-kira jam 11 pagi Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek berusia 37 tahun itu menyerah diri dan ditahan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (D9).

"Jimmy ditahan selepas dikehendaki bersabit siasatan kes Beaufort membabitkan Seksyen 320 Kanun Keseksaan.

"Suspek akan ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut sebelum pendakwaan di mahkamah dilakukan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Suspek yang juga pemilik restoran dikehendaki polis selepas diserang sekumpulan lelaki tempatan yang mabuk pada 19 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki parah selepas ditetak menggunakan parang manakala seorang lagi cedera di kepala disyaki akibat dilibas menggunakan kepala tali pinggang.

Salah seorang daripadanya kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 22 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: