Tiga maut nahas dua kereta

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa. Foto: JBPM Perak
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa. Foto: JBPM Perak
A
A
A

MANJUNG - Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang lagi lelaki cedera parah dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Batu 10, Segari, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 11.32 malam.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Proton Persona dan Proton Iswara.

No Image Caption

“Terdapat empat mangsa terlibat, seorang mangsa cedera parah dan tiga yang lain disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pemeriksaan mendapati tiada mangsa tersepit. Anggota bertindak membantu mengangkat mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: