Pesat anjur kempen bantu tingkat tabung darah

Sham Aziz (dua dari kanan) dan Timbalan Presiden Pesat, Rosliza Akma Zakaria (kanan) melihat penderma darah, Ngah Arshad Zamri, 22, pada Program Derma Darah di Kota Damansara.
Sham Aziz (dua dari kanan) dan Timbalan Presiden Pesat, Rosliza Akma Zakaria (kanan) melihat penderma darah, Ngah Arshad Zamri, 22, pada Program Derma Darah di Kota Damansara.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah (Pesat) menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) bagi meningkatkan tabung darah.

Presidennya, Mohd Sham Aziz Ismail berkata, bekalan darah berkurangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, program pertama kali itu diadakan di dewan pejabat Pesat, Kota Damansara pada 13 Februari lalu.

“Kempen ini berlangsung selama lima jam bermula dari jam 10 pagi sehingga 3 petang dan telah disertai seramai 50 penderma.

“Antara 50 penderma terdiri daripada kalangan ahli Pesat dan penduduk setempat. Seramai 15 kakitangan PDN turut menyertai kempen ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Sham berkata, setiap penderma yang hadir akan menerima sijil penyertaan dan mini hamper daripada penganjur sebagai tanda penghargaan.

Artikel Berkaitan: