Polis sahkan terima laporan pemeriksaan rumah Nur Sajat

Nur Sajat
Nur Sajat
A
A
A

PETALING JAYA - Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan serbuan di kediaman usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan tersebut daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan serbuan yang dijalankan pihak berkuasa agama terbabit.

"Polis ada menerima laporan pemeriksaan yang dijalankan oleh JAIS ke atas rumah Nur Sajat," katanya pada Isnin.

Pada Sabtu, satu serbuan dijalankan pihak berkuasa di kediaman usahawan kosmetik berkenaan terletak di Seksyen 10, Kota Damansara kira-kira jam 9 malam bagaimanapun usahawan tersebut tidak ditemui.

Dalam pada itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad sebelum ini berkata, hanya sekitar empat orang penguat kuasa JAIS diperlukan untuk menahan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dalam satu-satu masa.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir ke prosiding kes berpakaian wanita dalam kejadian tiga tahun lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Artikel Berkaitan: