Seramai 73,198 murid mula bersekolah di Kedah

Guru SK Haji Mohd Shariff memastikan murid mematuhi SOP ketika berada dalam kawasan sekolah pada hari pertama sesi persekolahan.
Guru SK Haji Mohd Shariff memastikan murid mematuhi SOP ketika berada dalam kawasan sekolah pada hari pertama sesi persekolahan.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 73,198 murid prasekolah, murid Tahun Satu dan Tahun Dua memulakan sesi persekolahan pada Isnin selepas sekolah ditutup sejak tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad berkata, ia melibatkan 12,683 murid prasekolah, 30,339 murid Tahun Satu dan 30,176 murid Tahun Dua di seluruh negeri ini.

Tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Mohd Shariff mendapati murid begitu bersemangat memulakan sesi persekolahan dan hadir dengan berpakaian lengkap baju sekolah.

Guru besar SK Haji Mohd Shariff, Mahmuzir Osman (kiri) memberi penerangan ringkas kepada anggota polis yang membuat pemantauan pematuhan SOP di sekolah itu.
Guru besar SK Haji Mohd Shariff, Mahmuzir Osman (kiri) memberi penerangan ringkas kepada anggota polis yang membuat pemantauan pematuhan SOP di sekolah itu.

Sementara itu, pengurusan sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, iaitu mengambil bacaan suhu dan memastikan murid memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Anggota polis turut melakukan pemantauan berhubung pematuhan SOP di sekolah berkenaan bagi memastikan pihak sekolah mematuhi SOP.

Bagi murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 8 Mac manakala sekolah menengah akan bermula pada 4 April (di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 5 April bagi negeri-negeri lain.

Artikel Berkaitan: