X

Kindly register in order to view this article
!

Hub Warong sasar buka 222 cawangan francais

Zamri (berdiri di barisan hadapan) bergambar bersama pengurusan kementerian dan agensi MEDAC, pengurusan GPPPKMM, dan peserta Program Latihan Industri Hub Warong dibawah Program Warongku.
A
A

SHAH ALAM - Penyedia perkhidmatan penghantaran barang dan dokumen, Hub Warong menyasarkan pembukaan 222 cawangan francaisnya di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Idea Creative Technology Sdn Bhd (ICTSB), Kemp Kamarul Hisham Azim berkata, Hub Warong kini mempunyai 47 cawangan di seluruh negara sejak memulakan operasi pada Julai tahun lalu.

“Kewujudan 47 cawangan itu dalam tempoh lima bulan merupakan kejayaan yang besar. Produk-produk di bawah jenama Warong ialah Warongku, Warong Rider, Warong QR dan Warong Community.

“Sokongan dari Kementerian Usahawan dan Koperasi Malaysia (MEDAC), SME Corp, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk merealisasikan pembukaan Hub Warong di seluruh negara sedang dalam peringkat perbincangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kerajaan melalui MEDAC, SME Corp dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKM) telah menyokong usaha mewujudkan satu gerak kerja ekonomi bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan mereka secara digital.

Pada Ahad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan), MEDAC, Datuk Zamri Salleh mewakili Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Ahmad, menyempurnakan Majlis Penutupan Latihan Industri Hub Warong yang diadakan di Bentong, Pahang.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil (MEDAC), Dr Salmah Ishak dan Ketua Sekretariat, Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Datuk Zainal Abidin Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif ICTSB, Mohd Nadzri Kamarulzaman.

Seramai 100 orang bakal pengusaha Hub Warong yang berpotensi telah mengikuti program Latihan Industri Hub Warong itu yang diadakan selama dua hari bermula 27 hingga 28 Februari 2021.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!