Nestlé Health Science lancar buku nutrisi pesakit kanser

A
A

NESTLE HEALTH SCIENCE dengan kerjasama Prince Court Medical Centre (PCMC) melancarkan sebuah buku nutrisi kanser bagi membantu pesakit kanser yang sedang pulih bagi mengurus keperluan nutrisi selepas menjalani rawatan.

Buku bertajuk Bring Back The Joy Of Eating itu dilancarkan Ketua Pegawai Operasi Nestlé Health Science, Mahenthiran Thanapal; Pengurus Jualan Kawasan Nestlé Health Science, Marcus Lam bersama Pakar Diet PCMC, Judy Ng dan Cef PCMC, Asiah Daud.

Kata Marcus, Nestlé Health Science berbesar hati bekerjasama dengan PCMC bagi menyediakan rangka nutrisi yang merangkumi pelbagai penyelesaian ringkas dan praktikal bagi pesakit yang sedang pulih daripada rawatan kanser.

“Bermula daripada diagnosis sehinggalah pemulihan, proses melawan kanser meletakkan keperluan yang tinggi bagi nutrisi yang disimpan di dalam badan pesakit.

“Kanser dan rawatannya sering mengakibatkan pesakit hilang deria rasa dan bau, hilang selera makan serta menyebabkan kesukaran menelan makanan diperlukan supaya tubuh badan mampu pulih serta melawan jangkitan.

“Rangkaian nutrisi tambahan yang inovatif daripada Nestlé Health Science seperti peptamen, resource, isosource dan imunonutrisi baru dilancarkan iaitu Oral IMPACT membantu pesakit dari segi tambahan nutrisi semasa terapi kanser dan pemulihan,” kata Marcus pada bengkel eksklusif di PCMC baru-baru ini.

Sempena pelancaran buku tersebut, barisan panel terdiri dari ahli penjagaan kesihatan profesional dan pakar kulinari dari PCMC bergabung tenaga bagi membincangkan kepentingan pendekatan nutrisi yang holistik bagi pesakit-pesakit yang sedang pulih daripada kanser.

Bengkel dimulakan dengan ceramah pendidikan oleh Pakar Runding Onkologi, Dr Muhammad Azrif yang menekankan aspek perhubungan asas di antara kanser dan nutrisi, diikuti oleh pembentangan oleh Pengurus Pusat Pengubahsuaian Gaya Hidup PCMC, Datin Farah Diba Khan.

Selanjutnya, Chef De Partie, Asiah Daud turut mempersembahkan dua resipi pencuci mulut yang enak iaitu rebusan berganda kulat putih bersama epal dan puding coklat gelap dengan ganace coklat.

Resipi Bring Back the Joy of Eating boleh didapati secara percuma dan boleh dimuat turun di www.nestlehealthscience.my