X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu, teman lelaki didakwa bunuh anak 4 tahun

ambar kiri: Puvaneswary dibawa ke Mahkamah Bangi ataa pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia empat tahun, bulan lalu. Gambar kanan: Tanabalan dibawa ke Mahkamah Bangi atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia empat tahun, bulan lalu.
A
A

BANDAR BARU BANGI - Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh anak lelaki wanita itu yang berusia empat tahun, bulan lalu.

K Puvaneswary, 31, yang hadir di mahkamah dengan memakai baju T kelabu manakala N Tanabalan, 28, berbaju T hitam, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada kedua-dua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama, sengaja membunuh kanak-kanak itu di sebuah unit pangsapuri di Jalan Eco Majestic, Semenyih di sini.

Kejadian berlaku antara 14 Februari sehingga jam 12.19 tengah hari, 18 Februari lalu.

Atas pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhd Fauzan Mohd Nor manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 31 Mac depan untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Pada 19 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan, polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya bagi menyiasat kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sehingga meninggal dunia di sebuah pangsapuri di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, ibu mangsa berusia 31 tahun yang tidak bekerja dan lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta itu ditahan pada jam 5.45 petang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!