Optimus Prime, Bumblebee pun ke sekolah

Robot Transformers, Optimus Prime dan Bumblebee menyambut murid-murid di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 Kota Bahru Kelantan.
Robot Transformers, Optimus Prime dan Bumblebee menyambut murid-murid di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 Kota Bahru Kelantan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sesi persekolahan yang bermula pada Isnin dapat menyaksikan kreativiti warga sekolah menyambut kehadiran murid terutama bagi mereka yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan.

Tular video di laman sosial guru-guru mengambil inisiatif menampilkan keunikan pada hari pertama sekolah dengan menampilkan dua robot Transformers, Optimus Prime dan Bumblebee bagi menyambut murid mereka.

Video yang dimuat naik oleh guru Mohd Khairul Izzuddin di Twitter bersama ciapan memberitahu lokasi tersebut di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 Kota Bahru Kelantan.

Bukan itu sahaja, video durasi 18 saat yang ditonton lebih 26,700 tontonan menunjukkan dua robot Transformers, Optimus Prime dan Bumblebee gergasi berjalan di perkarangan sekolah.

Menerusi bebenang Twitter berkenaan, guru yang mengajar subjek matematik di Sekolah Kebangsaan Kuala Geris, Kelantan turut memuat naik pelbagai kreativiti guru di seluruh negara.

Kostum dinosaur menyambut hari pertama murid Tahun Satu dan Dua.
Kostum dinosaur menyambut hari pertama murid Tahun Satu dan Dua.

Antaranya dengan memakai kostum dinosaur, maskot Mickey Mouse, maskot Tom dan Jerry di Sekolah Kebangsaan Tasik Cini Pekan Pahang.

Selain itu, watak Captain America turut berada di pintu sekolah sekali gus menarik minat murid untuk hadir menuntut ilmu.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua seluruh negara memulakan sesi persekolahan tahun 2021 yang pastinya dilalui dalam norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bermula dari pintu pagar sekolah sehingga sesi pengajaran dan pembelajaran.