Covid-19: Jumlah rakyat jatuh miskin meningkat

Muhyiddin menyampaikan Amanat Perdana sempena Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin menyampaikan Amanat Perdana sempena Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Jumlah rakyat yang jatuh miskin akibat pandemik Covid-19 yang melanda dilaporkan meningkat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang dahulunya berada dalam kumpulan T20 sebahagiannya telah menjadi M40 dan sebahagian kumpulan M40 pula menjadi kumpulan B40.

“Kumpulan B40 pula menjadi bertambah miskin kerana kesan penguncupan ekonomi yang sedang dialami di negara ini.

“Kabinet juga telah membincangkan secara mendalam kemiskinan yang sedang berlaku di negara kita,” katanya semasa berucap semasa Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.

Tambah Muhyiddin, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kemiskinan yang dipengerusikan beliau akan meneliti masalah berkenaan secara terperinci.

“Kita teliti usaha yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan-badan sukarela serta sektor swasta untuk bersama-sama mengatasi masalah kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata, program pembasmian kemiskinan akan mengambil kira peningkatan Paras Garis Kemiskinan 2021 (PGK 2021) daripada RM980 kepada RM2,208 yang akan meningkatkan bilangan isi rumah miskin dan miskin tegar serta meningkatkan bilangan kumpulan sasar.

Artikel Berkaitan: