Uncle Kentang guna ‘style’ kempen baharu

Chee Heng memuat naik di akaun Facebooknya video lori dilengkapi skrin LED gergasi yang akan digunakannya di Semenyih.
Chee Heng memuat naik di akaun Facebooknya video lori dilengkapi skrin LED gergasi yang akan digunakannya di Semenyih.
A
A
A

PUCHONG - Guna trak dilengkapi skrin diod pemancar cahaya (LED) gergasi. Itu kelainan bakal dibawa Kuan Chee Heng, individu yang mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK DUN Semenyih 2 Mac ini.

Chee Heng yang juga Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia berkata, beliau akan mengurangkan kaedah kempen secara berceramah sepanjang tempoh berkempen kelak.

Menurutnya, beliau akan membawa pembaharuan dan ‘style’ baharu dengan menggunakan cara mendidik berbanding berkempen dan berpolitik untuk meraih undi.

“Saya akan guna trak ni masa kempen nanti. Video dipaparkan di skrin akan lebih menjurus kepada aspek bagaimana menjaga keselamatan, nilai kekeluargaan dan bagaimana rakyat boleh meningkatkan kualiti hidup sendiri.

“Saya tak mahu kempen dengan cara ceramah kau kutuk aku...aku kutuk kau kerana tak ada kualiti cara begitu...kalau perlu pun ceramah nanti mengenai bagaimana nak bina Malaysia sejati,” katanya kepada Sinar Harian,semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang mengumumkan akan menggunakan kaedah kempen itu dalam akaun Facebook miliknya petang berkata, menerusi video dipapar pihaknya akan menerangkan inisiatif akan dibuat pihaknya di Semenyih nanti.

Katanya, beliau berharap dapat bertanding demi membawa suara rakyat miskin dan sakit serta mengubah nasib penduduk Semenyih.

“Kempen saya kelak akan guna cara bagi mesej didik rakyat bukan ceramah kutuk orang dan jatuhkan lawan. Saya pun tak nak buka pekung sesiapa nanti sebab saya masuk bertanding bukan masuk politik.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan bagi maklumat dan solusi kepada rakyat menerusi cara itu,” katanya.