X

Kindly register in order to view this article
!

MPN sasar 500,000 peluang pekerjaan tahun ini

Muhyiddin
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) bagi mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengangguran.

MPN merupakan badan tertinggi dalam penetapan dasar, strategi dan pemantauan pelaksanaan inisiatif berkaitan penciptaan pekerjaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi tahun ini, MPN menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Untuk tujuan ini, kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melaksanakan program Penjana Kerjaya 2.0 dan pemerkasaan portal MYFutureJobs bagi menggalakkan majikan mengambil dan melatih pekerja-pekerja baharu.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 161,603 pencari kerja telah ditempatkan di dalam pekerjaan baharu,” katanya semasa berucap semasa Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.

Pada tahun lalu, sebanyak 107,024 kes pemberhentian kerja dilaporkan manakala 14,273 kes lagi dilaporkan sehingga 21 Februari lalu.

Muhyiddin menambah, setakat 26 Februari, seramai 25,648 orang telah berjaya mendapat pekerjaan.

“Melalui MyFutureJobs, terdapat 243,892 tawaran pekerjaan yang masih terbuka untuk pencari kerja di mana 143,320 peluang pekerjaan telah diwujudkan menerusi portal,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!