[DIKEMASKINI] Pengurus sumber manusia didakwa buat tuntutan palsu

Tertuduh (dua dari kanan) diiring pegawai SPRM di Mahkamah Sesyen Seremban pada Isnin.
Tertuduh (dua dari kanan) diiring pegawai SPRM di Mahkamah Sesyen Seremban pada Isnin.
A
A
A
SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Seorang pengurus sumber manusia sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Program Subsidi Upah (PSU) membabitkan RM6,000 tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memberi Borang Program Subsidi Upah (PSU) kepada seorang ejen Ketua Bahagian Insurans Pekerjaan Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Putrajaya, Borang Subsidi Upah (PSU) atas nama Syarikat YTG Logistic dan Trading Sdn Bhd yang mana dalam lampiran itu terdapat lima nama pekerjanya yang tidak layak menuntut subsidi PSU berjumlah RM6,000.

Kesalahan itu dilakukan pada 9 April 2020 di YTG Logistic dan Trading Sdn Bhd, Lot 869 Batu 1 3/4 Jalan Tampin, Gemas Negeri Sembilan.

Berikutan itu pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta yang sama.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Syarina Raizan mencadangkan jaminan RM20,000.

Peguam Chuah Shyue Chein kemudian merayu anak guamnya diberi jaminan minimum atas alasan pendapatannya terjejas 70 peratus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain mempunyai empat anak berusia antara lapan bulan hingga 11 tahun.

Madihah menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport.

Mahkamah menetapkan 9 April depan sebagai sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: