'7 hari seperti dalam neraka'

Nurbulat memegang gambar ibu bapanya yang tidak dapat melawat Kazakhstan kerana pasport mereka dirampas pihak berkuasa China.
Nurbulat memegang gambar ibu bapanya yang tidak dapat melawat Kazakhstan kerana pasport mereka dirampas pihak berkuasa China.
A
A
A

KERAJAAN China menggelar ia sebagai 'pusat latihan vokasional percuma' untuk menghapuskan persekitaran yang membiakkan keganasan dan ekstremisme.

Tetapi, Aibota Serik, penduduk etnik Kazakh yang bapanya turut dihantar ke kemudahan itu menggelar ia sebagai penjara.

Bapanya, Kudaybergen Serik merupakan imam di wilayah Tarbagatay di wilayah Xinjiang.

Pada Februari 2018, Kudaybergen ditahan polis dan sejak itu Aibota tidak lagi mendengar khabar berita bapanya.

"Saya tidak tahu kenapa bapa saya dipenjarakan. Dia tidak melanggar sebarang undang-undang di China dan tidak juga dibicarakan," katanya dengan linangan air mata sambil memegang gambar Kudaybergen.

Aibota bersama kumpulan minoriti Kazakh di Almaty bandar terbesar di Kazakhstan berkumpul di sebuah pejabat kecil untuk menghantar petisyen menggesa kerajaan membantu bebaskan saudara mereka yang hilang di 'kem pendidikan semula' tersebut.

 Orynbek menceritakan pengalamannya di kem tahanan terbabit.
Orynbek menceritakan pengalamannya di kem tahanan terbabit.

Jawatankuasa PBB mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum menerima laporan boleh dipercayai yang mendedahkan terdapat kira-kira sejuta orang ditempatkan di kem tahanan di Xinjiang.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakan mereka adalah etnik minoriti Islam seperti Uighur, Kazakh dan lain-lain.

Terdapat lebih sejuta komuniti Kazakh tinggal di China.

Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, ribuan berpindah ke Kazakhstan yang kaya dengan sumber minyak yang pada dasarnya menarik etnik Kazakh.

Hari ini, golongan tersebut terputus hubungan dengan saudara mereka yang tinggal di Beijing.

Aibota menunjukkan gambar bapanya.
Aibota menunjukkan gambar bapanya.

Tangan digari, kaki diikat, dicampak dalam lubang

Nurbulat Tursunjan uulu yang berpindah ke wilayah Almaty pada 2016 memberitahu ibu bapanya yang sudah tua tidak dapat melawat Kazakhstan kerana pihak berkuasa merampas pasport mereka.

Seorang lagi penandatangan petisyen, Bekmurat Nusupkan uulu berkata, saudaranya di Beijing takut untuk menghubungi menerusi panggilan telefon atau menghantar mesej melalui aplikasi WeChat.

"Bapa mertua melawat saya pada Februari 2018. Dari tempat saya, dia menghubungi adik ipar lelaki di China dan bertanya khabar. Tidak lama selepas itu, dia telah ditahan dan dihantar ke kem politik selepas memberitahu pihak berkuasa dia menerima panggilan telefon dari Kazakhstan sebanyak dua atau tiga kali," jelasnya.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) memaklumkan kebanyakan tahanan ditahan tanpa sebarang hak proses yang sewajarnya sama ada didakwa atau dibicarakan selain tidak mempunyai akses kepada peguam dan keluarga mereka.

Orynbek Koksybek adalah salah seorang etnik Kazakh yang ditahan selama beberapa bulan di kem terbabit.

"Tujuh hari seperti dalam neraka. Tangan saya digari manakala kaki diikat. Mereka campak saya ke dalam lubang dan disimbah air. Saya hanya mampu menjerit.

"Saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Saya tidak tahu berapa lama saya di dalam lubang itu dan ia sangat sejuk. Mereka tuduh saya pengkhianat dan mempunyai dua kerakyatan, ada tanah dan berhutang. Semua tuduhan itu tidak benar," menurutnya.

Seminggu kemudian, Orynbek dibawa ke sebuah tempat lain di mana dia belajar lagu dan bahasa Cina.

Dia diberitahu dapat keluar dari tempat itu jika belajar 3,000 perkataan.

"Mereka gelar ia kem pendidikan semula untuk mengajar orang ramai. Tetapi, jika mahu mengajar, kenapa perlu menggari tangan? Mereka tahan penduduk Kazakh kerana mereka orang Islam. Kenapa China penjarakan mereka?

Kem pendidikan semula itu didakwa cuba menghapuskan budaya dan identiti etnik minoriti Islam.
Kem pendidikan semula itu didakwa cuba menghapuskan budaya dan identiti etnik minoriti Islam.

"Matlamat Beijing adalah untuk menjadikan etnik Kazakh sebagai orang Cina. Mereka mahu menghapuskan seluruh komuniti Kazakh," jelasnya lagi.

Kisah Orynbek sama seperti yang didokumenkan oleh HRW dan aktivis lain.

Kerajaan Kazakh bagaimanapun menyatakan sebarang sekatan ke atas rakyat China melibatkan hal dalaman negara itu dan mereka tidak boleh masuk campur seperti yang diminta petisyen tersebut.

Tetapi, Astana memaklumkan ia cuba membantu mana-mana rakyat mereka yang ditahan di Beijing. - BBC