Wasiyyah Shoppe Berhad lantik pengerusi baharu

Ahmad Tajudin
Ahmad Tajudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh syariah peneraju di Malaysia mengumumkan rombakan Lembaga Pengarah dengan pelantikan Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah baharu bermula 2 Februari lalu.

Pelantikan tersebut susulan persaraan Pengerusi Lembaga Pengarah sebelum ini, Datuk Ahmad Khairummuzammil Mohd Yusof pada Disember 2020.

Wasiyyah dalam satu kenyataan memaklumkan, Tajuddin juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dari tahun 1998 hingga 2013.

“Kepakaran dan pengalaman beliau sebagai salah seorang pelopor perbankan Islam di Malaysia diiktiraf apabila dilantik pula sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dari 2016 sehingga 2020,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Selain Pengerusi, Wasiyyah Shoppe Berhad turut mengumumkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah yang baharu, Tan Sri Aziah Ali.

Aziah
Aziah

“Aziah berpengalaman luas selama 40 tahun di dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Aziah telah berkhidmat dengan kerajaan Malaysia di pelbagai jawatan perundangan dan kehakiman bermula sebagai penasihat undang-undang, pesuruhjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi sivil, Hakim Mahkamah Rayuan sehinggalah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum bersara pada tahun 2018.

Artikel Berkaitan:

“Wasiyyah Shoppe Berhad yakin pelantikan kedua-dua tokoh yang berpengalaman luas dalam perbankan Islam dan perundangan itu mampu memberi sumbangan signifikan kepada pemantapan tadbir urus korporat syarikat serta membantu memacu Wasiyyah Shoppe Berhad untuk terus kekal sebagai syarikat amanah patuh syariah di Malaysia,” kata kenyataan itu.