X

Kindly register in order to view this article
!

‘Mujur ada baju sekolah percuma’

Zulkepli memakaikan baju sekolah baharu kepada salah seorang anak Zuraini.
A
A

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan perlu menyediakan pakaian serba baharu untuk empat anaknya yang bersekolah hari ini.

Keresahan itu dihadapi Zuraini Mohd Yusoff, 43, memandangkan sumber kewangannya terbatas untuk membelikan pakaian dan kelengkapan serba baharu untuk anak-anaknya.

Namun, dia bersyukur kerana dua hari sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula keluarganya menerima sumbangan pakaian dan barangan sekolah daripada Yayasan Amal Dato’ Zul Wisma.

“Saaya memang mengharapkan bantuan yayasan untuk belikan yang baharu.

“Alhamdulillah, walaupun di saat-saat akhir saya dapat gembirakan anak-anak kerana mereka boleh bersekolah dengan baju baharu,” katanya ketika ditemui sempena Program Kembali Ke Sekolah anjuran Yayasan Amal Dato’ Zul Wisma pada Sabtu.

Keempat-empat anaknya, Nur Azuraz Alia Maisarah Abdul Razak, 17, Muhammad Aizat Hakimie, 15, Muhammad Amirul Zalfan, 12 dan Muhammad ammar Asyraff, 7, kelihatan gembira setelah menerima set persekolahan lengkap tersebut.

Katanya, walaupun anak-anaknya tidak kisah menggunakan baju lama, namun hati seorang ibu mahukan mereka memakai serba baharu seperti yang lain.Zuraini berkata, dia juga menjual makanan ringan di Tumpat dengan anggaran pendapatan RM200 sebulan dan setiap seorang anaknya menerima Bantuan Kanak-Kanak RM100 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, Muhammad Aizat Hakimie mengakui berasa gembira kerana dapat memakai kelengkapan serba baharu.

“Di saat-saat akhir ini, kami adik-beradik boleh juga bersekolah dengan baju baharu,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!