X

Kindly register in order to view this article
!

Dakwaan 200 ahli SUK Kelantan cuba 'potong barisan' tidak benar

Suntikan vaksin Covid-19.
A
A

KOTA BHARU - Dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba 'memotong barisan' untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin Covid-19 adalah fitnah.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, laporan yang tular di media sosial itu sehingga mendapat pelbagai reaksi serta kecaman daripada netizen adalah tidak benar dan berniat jahat.

Beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan tidak pernah masuk campur dalam sebarang proses menentukan senarai penerima vaksin Covid-19 di negeri itu sebaliknya ia dilakukan sendiri oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

"Isu ini sudah tular di Facebook, Twitter dan WhatsApp sehingga ke peringkat menteri. Jadi saya ingin menjelaskan bahawa berita itu adalah satu fitnah dan tidak benar.

"Malah sebagai orang yang menguruskan hal ini (suntikan vaksin), saya tidak membincangkan apa-apa senarai nama dan tidak pernah memberi tekanan kepada JKNK supaya suntikan vaksin didahulukan kepada barisan pemimpin berbanding golongan petugas barisan hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Sebelum ini, pakar perunding nefrologi, Dr Rafidah Abdullah menerusi ciapan di Twitter @rafidah72 memaparkan tangkap layar mesej yang diterima beliau daripada individu yang tidak ingin dikenali berhubung perkara itu.

Mesej itu mendakwa suntikan vaksin Covid-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi ‘laluan' kepada 200 ahli SUK Kelantan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!