Sembilan kluster baharu Covid-19 dikenal pasti

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak sembilan lagi kluster baharu dikesan pada Ahad, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata, kesemuanya melibatkan penularan di tempat kerja iaitu di Johor melibatkan Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Tanjung Empat, Kluster Jalan Desa Tropika dan Kluster Batu Empat.

"Lima lagi kluster merangkumi tiga di Selangor iaitu Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Industri Waja dan Kluster Jalan Selisik serta masing-masing satu di Kuala Lumpur (Kluster Tapak Bina Bukit Kiara) dan Pulau Pinang (Kluster Jalan Sungai Baong)," katanya.

Katanya, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster kini ialah 1,138 dengan 491 kluster aktif.

"Tiga lagi kluster diisytiharkan tamat pada Ahad," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: