Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 kini 300,752

Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu dicatatkan sebanyak 2,437 kes, selain merekodkan sembilan kematian baharu.
Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu dicatatkan sebanyak 2,437 kes, selain merekodkan sembilan kematian baharu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes pulih Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas di negara ini terus mengatasi bilangan kes baharu harian dengan 3,251 kes sembuh dilaporkan.

Namun, jumlah kes baharu bagi tempoh sama meningkat sedikit kepada 2,437 berbanding 2,364 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini melepasi angka 300,000 iaitu 300,752 kes, manakala jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh pula sebanyak 273,417 orang.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 26,205 selain sembilan lagi kematian akibat pandemik itu dilaporkan sepanjang 24 jam lepas.

“Kes baharu hari ini melibatkan 2,435 kes penularan tempatan dan hanya dua kes import, sementara sebanyak 202 kes pula dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 93 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Ahad.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi iaitu 914 kes, diikuti Johor (340), Kuala Lumpur (337), Perak (287) dan Sarawak (171).

Sabah merekodkan 134 kes diikuti Pulau Pinang (105), Negeri Sembilan (65), Kelantan (33), Kedah (13), Terengganu (12), Pahang (11), Melaka (10), Putrajaya (3) dan Labuan (2), manakala Perlis tiada kes baharu.

Mengenai sembilan kematian baharu, Dr Noor Hisham berkata, lapan kes melibatkan warga tempatan yang kesemuanya mempunyai penyakit kronik dan seorang rakyat asing berumur lingkungan 57 hingga 102 tahun, menjadikan jumlah kumulatif maut akibat wabak itu kini 1,130 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: