Tujuh pasangan ditangkap khalwat

Antara pasangan yang dikesan berdua-duaan di dalam bilik hotel semasa ops pematuhan SOP di Butterworth pada Ahad.
Antara pasangan yang dikesan berdua-duaan di dalam bilik hotel semasa ops pematuhan SOP di Butterworth pada Ahad.
A
A
A

BUTTERWORTH - Tujuh pasangan ditangkap khalwat dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan di sekitar Butterworth di sini malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka dikesan berada berdua-duaan di dalam bilik hotel ketika pemeriksaan dibuat bermula jam 8.30 malam.

Menurutnya, ketika disoal kesemua mereka gagal memberikan alasan munasabah menginap bersama di hotel terbabit walaupun tidak mempunyai sebarang ikatan sah.

Kesemua yang ditahan diserahkan kepada JHEAIPP untuk tindakan lanjut.
Kesemua yang ditahan diserahkan kepada JHEAIPP untuk tindakan lanjut.

"Operasi bersepadu yang diadakan kali ini disertai 15 anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) dan kita memeriksa lima buah hotel serta dua buah restoran di sekitar Butterworth.

"Kesemua 14 orang yang ditangkap berusia di antara 25 hingga 40 tahun diserahkan kepada JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Selain JHEAIPP, operasi berkenaan turut disertai lima pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 26 pegawai dan anggota Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Katanya, dalam operasi sama pemilik sebuah restoran turut disaman MBSP kerana mempamerkan papan iklan tanpa lesen dan dikompaun kerana tiada permit kerusi meja yang diletakkan di kaki lima restoran berkenaan.

Artikel Berkaitan: