Thailand mula kempen suntikan vaksin buatan China

Kempen suntikan menggunakan vaksin Covid-19 buatan China bermula di Thailand hari ini.
Kempen suntikan menggunakan vaksin Covid-19 buatan China bermula di Thailand hari ini.
A
A
A

BEIJING - Kempen suntikan menggunakan vaksin Covid-19 buatan China bermula di Thailand hari ini.

Beberapa anggota kabinet antara golongan pertama menerima vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal China, Sinovac itu.

Antaranya termasuk Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul, dan Menteri Kebudayaan, Itthiphol Kunplome.

Turut disuntik Menteri Pertanian, Naib Menteri Kesihatan, Naib Menteri Pendidikan dan lain-lain.

Majlis pemvaksinan diadakan di institusi pengajian penyakit berjangkit negara turut dihadiri Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha.

Menurut Prayuth, pada Ahad Thailand melakar sejarah tersendiri dalam membantu rakyat negara itu mengukuhkan semula keyakinan untuk melawan wabak Covid-19.

Seramai 159 penduduk di Samut Sakhon, kawasan paling teruk terjejas dalam gelombang baharu Covid-19 pada Disember lalu, dijadual menerima suntikan pertama vaksin berkenaan.

Mereka dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi termasuk kakitangan awam tempatan, petugas kesihatan dan pekerja asing.

Artikel Berkaitan:

Thailand menerima bekalan pertama vaksin Covid-19 Sinovac sebanyak 200,000 dos pada Rabu, kemudian diedarkan ke 13 wilayah, termasuk di Bangkok.

Sebanyak 1.8 juta dos lagi dijadual dihantar pada Mac dan April depan. Bernama