Pembinaan empangan Neggiri mampu atasi banjir di Kelantan

Mahadzir ketika ditemui pemberita pada Program Ceria ke Sekolah sesi 2021 di Wisma TNB, Kota Bharu, Kelantan pada Rabu.
Mahadzir ketika ditemui pemberita pada Program Ceria ke Sekolah sesi 2021 di Wisma TNB, Kota Bharu, Kelantan pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Projek pembinaan empangan jana kuasa hidroelektrik Neggiri, Gua Musang yang akan bermula dalam tempoh terdekat dijangka dapat mengatasi masalah banjir di negeri ini.

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, usaha pembinaan empangan yang berkonsepkan teknologi hijau itu mampu menjadi takungan air hujan dalam jumlah yang banyak pada musim tengkujuh.

“Apabila ada takungan atau empangan, maka ia akan dapat menyekat air turun ke sungai.

“Jadi, ia akan mengurangkan air yang ada dalam sungai, sekali gus menyelesaikan masalah besar melanda Kelantan saban tahun iaitu banjir,” katanya kepada pemberita di Wisma TNB di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan kerajaan Kelantan berhubung kerja-kerja pembinaan projek berkenaan pada Mac dan akan membuat pengumuman rasmi selepas itu.

“Bekalan eletrik melalui teknologi hidro paling awal dibina di Cameron Highland, Pahang, Sungai Perak, Perak dan di Kenyir, Terengganu.

“TNB berusaha mempertingkatkan tenaga yang boleh diperbaharui termasuk hydro untuk jangka panjang selain solar, arang batu dan gas sebagai sumber tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 1,400 pelajar miskin di Kelantan pada Program Ceria ke Sekolah sesi 2021 yang diwakili penerima oleh pemimpin setempat.

Artikel Berkaitan:

Mahdzir berkata, TNB telah melunaskan tanggungjawab sosial korporat (SCR) dengan membantu 30,000 pelajar di 186 lokasi seluruh negara dengan keseluruhan peruntukkan berjumlah RM3 juta

Selain itu beliau turut memaklumkan TNB mempunyai 9.4 juta pengguna di seluruh negara membabitkan 7 juta rumah dengan 4 juta penerima elektrik percuma membabitkan kos RM942 juta.