Gerobok rezeki bantu rakyat terkesan Covid-19

Ahmad Razif dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Ahmad Razif dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
A
A
A

KUALA NERUS - Pandemik Covid-19 yang memberi kesan besar kepada masyarakat terutama dalam konteks ekonomi mendorong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mewujudkan Gerobok Rezeki.

Inisiatif itu bagi membolehkan mereka yang terjejas mendapatkan barang keperluan harian secara percuma.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata, inisiatif itu dijayakan bersama beberapa syarikat swasta dan peniaga yang menyumbang.

Menurutnya, antara barang keperluan yang disediakan ialah beras, minyak masak, tepung gandum, gula, kicap dan sos tomato, ikan sardin, telur serta susu pekat.

Katanya, Gerobok Rezeki itu dibuka di tingkat bawah pejabat penyelaras DUN Seberang Takir di Kampung Teluk Ketapang.

"Buat permulaan, kita mengutamakan masyarakat terkesan yang tinggal di kawasan DUN Seberang Takir.

"Mereka boleh memilih jenis barang dapur yang diperlukan tetapi hanya empat jenis sahaja akan diberikan," katanya kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran Gerobok Rezeki, di sini, Ahad.

Pada majlis itu juga, sumbangan terkumpul berjumlah RM28,800 diperoleh hasil sumbangan beberapa syarikat swasta.

Jelasnya, kaedah mengehadkan hanya empat barangan itu bagi memberi peluang lebih ramai masyarakat terkesan memperoleh barangan secara percuma.

Artikel Berkaitan:

Mereka yang yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan borang yang diedarkan daripada Ketua Cawangan UMNO di DUN Seberang Takir.