Rezeki dapat ikan keli gergasi 13kg

Khairul Anuar berjaya mendaratkan ikan keli afrika seberat 13 kilogram (kg) menggunakan jaring di anak Sungai Kuala Pintu Air Batu 39, di sini pada Sabtu.
Khairul Anuar berjaya mendaratkan ikan keli afrika seberat 13 kilogram (kg) menggunakan jaring di anak Sungai Kuala Pintu Air Batu 39, di sini pada Sabtu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang pemancing berjaya menaikkan ikan keli afrika seberat 13 kilogram (kg) menggunakan jaring di anak Sungai Kuala Pintu Air Batu 39, di sini pada Sabtu.

Khairul Anuar Hamid, 55, berkata, dia bersama anaknya, Abdul Naim, 26, dan seorang lagi rakannya berjaya menaikkan ikan keli gergasi itu pada jam 9.30 pagi.

Menurutnya, dia yang memasang jaring pada mulanya ingin menjerat ikan tapah, namun tidak menyangka memerangkap ikan keli sepanjang 1.5 meter.

"Saya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menaikkan ikan itu yang sudah dalam keadaan lemah.

"Ini adalah kali pertama saya berjaya menaikkan ikan keli gergasi sejak mula memancing semasa di sekolah rendah lagi," katanya.

Katanya, kebiasaannya dia hanya menangkap ikan keli bersaiz sederhana yang mempunyai berat anggaran 500 gram hingga mencecah dua kilogram sahaja.

Khairul Anuar berkata, ikan keli itu kemudiannya dipotong dan diberi kepada rakan dan mentua manakala selebihnya dibakar untuk makan bersama keluarga.

"Rakan-rakan beritahu rasa isi keli gergasi ini liat, tapi setelah dibakar kami hanya mengambil isinya sahaja dan rasanya sedap lebih-lebih lagi dicicah dengan air asam," katanya.

Artikel Berkaitan: