Isu kelayakan akademik: Tiada tindakan undang-undang

Mohamed Hanipa menyampaikan anugerah Unsung Hero kepada murid SK Putera Jaya, Muhamad Hisham Ismail, 11, hari ini.
Mohamed Hanipa menyampaikan anugerah Unsung Hero kepada murid SK Putera Jaya, Muhamad Hisham Ismail, 11, hari ini.
A
A
A

SETIU - Isu kelayakan akademik membabitkan beberapa menteri dan timbalan menteri yang menjadi pertikaian ketika ini tidak membabitkan perundangan tetapi menyentuh isu etika.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, kelayakan akademik bukan menjadi persoalan utama tetapi rakyat menilai dari aspek kejujuran.

Menurutnya, beliau tidak melihat perkara itu membabitkan isu perundangan tetapi lebih kepada isu etika dan kejujuran.

“Ia perlu dilihat daripada sudut kejujuran dan bukan kelayakan akademik sangat. Jadi, kalau daripada segi tindakan perundangan, tidak ada,” katanya

Beliau ditemui selepas Program Ziarah ‘Unsung Hero’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Putera Jaya, di sini, semalam.

Mohamed Hanipa mengulas sama ada tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap anggota Kabinet jika terbukti mereka melakukan penipuan kelayakan akademik.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kerajaan daripada PH didakwa memiliki ijazah palsu, termasuk ada yang mengakui tidak menamatkan pengajian di universiti.

Mohamed Hanipa berkata, masyarakat tidak boleh berkompromi mengenai pembohongan dan kejujuran adalah satu perkara yang dituntut daripada ahli politik.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beliau percaya isu itu akan diselesaikan mengikut perlembagaan parti masing-masing yang bergabung dalam PH.