Bunuh anak, suami isteri dihukum gantung sampai mati

Pasangan suami isteri ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh anak gadis mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad
Pasangan suami isteri ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh anak gadis mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Sepasang suami isteri di jatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad selepas didapati bersalah membunuh anak gadis mereka, lima tahun lalu.

Hakim, Datuk Zainal Azman Abd Aziz menjatuhi hukuman itu terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40 selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau begitupun melepaskan dan membebaskan dua anak mereka Siti Sarah Anuar, 26 dan Amir Sharif Anuar, 19, daripada pertuduhan sama.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat beranak ini di dakwa bersama-sama membunuh mangsa Siti Hajar Anuar, yang semasa kejadian berusia 22 tahun di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai Chukai, Kemaman, kira-kira jam 10.45 malam, pada 26 April 2016.

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Tragedi menimpa mangsa dikesan selepas polis curiga dengan laporan kematian dibuat bapa gadis itu pada 26 April 2016.

Pada mulanya, gadis berkenaan dikhabarkan mengalami sakit biasa, tetapi kesan gigitan di badan selain lebam di mata membongkar tindakan itu dipercayai dilakukan ahli keluarganya sendiri.

Artikel Berkaitan:

Siasatan awal polis juga mendapati keadaan fizikal gadis berkenaan terlalu kurus yang hanya berat 18 kilogram seperti kebuluran tidak cukup makan menyebabkan empat beranak itu ditahan di rumah keluarga berkenaan pada 1.50 pagi, 1 Mei 2016.