Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak

Larry Sn
Larry Sn
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Julau, Larry Sng meletak jawatan sebagai Ketua Parti Keadilan (PKR) Sarawak.

Beliau dikatakan telah mengumumkan peletakan jawatannya semasa sidang video pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Selain Larry, sumber turut mendedahkan Ahli Parlimen Tebrau, Stephen Choong bertindak keluar parti.

Pada 21 Disember tahun lalu, Larry mengumumkan akan mengundur diri sebagai Ketua PKR Sarawak yang diambil alih beliau pada Mei selepas Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian meninggalkan parti itu.

Beliau berkata, keputusan itu bagi membolehkan pemimpin Dayak mengambil alih jawatan sekali gus memimpin parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat Jun depan.

Walau bagaimanapun, 'peletakan jawatan' itu tidak dibuat secara rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadang pemimpin Dayak terajui PKR Sarawak

Artikel Berkaitan:

Anwar mahu Larry Sng terus khidmat, tumpu PRN Sarawak