Juventus buat kesilapan beli Ronaldo

RONALDO
RONALDO
A
A
A

JUVENTUS disifatkan telah membuat kesilapan besar dengan menandatangi Cristiano Ronaldo daripada Real Madrid pada 2018.

Bekas pemain Itali, Antonio Cassano berkata, kehadiran Ronaldo tidak memberikan apa-apa impak kepada The Old Lady terutama dalam merealisasikan misi untuk memenangi Liga Juara-Juara.

"Juventus menandatangani Ronaldo untuk memenagi Liga Juara-Juara, tetapi pencapaian mereka adalah lebih teruk berbanding ketika Ronaldo berada dalam pasukan.

"Jika hendak memenangi kejuaraan liga, Juventus tidak perlukan Ronaldo kerana mereka sendiri sudah menjadi gergasi dalam saingan Serie A. Juventus telah memenangi liga tanpa Ronaldo. Jadi, saya sifatkan ini projek (membeli Ronaldo) adalah satu kegagalan," katanya.

Ronaldo telah memenangi dua kejuaraan berturut-turut dalam saingan Serie A, dua trofi liga Itali dan dinamakan sebagai pemain terbaik liga pada 2019.

Dalam masa sama, Cassano percaya Ronaldo bukanlah pemain yang tepat diperlukan oleh Juventus walaupun pemenang lima kali Ballon d'Or itu antara pemain paling menyerlah dalam pasukan.

"Memang dia sering menjaringkan gol kerana itu memang tugasnya. Dia bermain dengan corak agresif untuk menjaringkan gol selain tandukannya juga cukup berbahaya.

"Tetapi, (Ketua Jurulatih Juventus) Andrea Pirlo mahu bermain dengan corak membina perlawanan dan menekan lawan. Itu bermakna Ronaldo tidak menyumbang banyak untuk pasukan.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa Ronaldo tidak melaksanakan peranannya dengan baik kecuali dia mampu memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara untuk Juventus," katanya.