Majlis Prapelancaran Jubli Emas Kejora meriah walau secara maya

Kejora menyampaikan sumbangan dan dividen kepada sebahagian penerima sempena Majlis Prapelancaran Sambutan Jubli Emas Kejora yang berlangsung secara maya.
Kejora menyampaikan sumbangan dan dividen kepada sebahagian penerima sempena Majlis Prapelancaran Sambutan Jubli Emas Kejora yang berlangsung secara maya.
A
A
A

KOTA TINGGI - Majlis Prapelancaran Jubli Emas Kejora berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ceria dengan norma baharu biarpun diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang masih berkuat kuasa di Johor.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan pengumuman pemenang pertandingan reka cipta slogan dan logo, gimik serta video prapelancaran sambutan 50 tahun Kejora.

Pengerusi Kejora, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan satu program jelajah ke wilayah Kejora bagi menyemarakkan lagi sambutan 50 tahun Kejora pada tahun hadapan.

Beliau berkata, Kejora merancang untuk mengadakan program jelajah berkenaan selepas situasi Covid-19 di negara ini pulih atau bergantung kepada arahan semasa yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pelbagai program telah dirancang sepanjang tahun ini dan tahun hadapan bagi memeriahkan lagi Sambutan Jubli Emas Kejora.

“Kami akan mengadakan sebanyak 24 program; antaranya virtual run, program keusahawanan, pengkisahan Kejora, karnival sukan dan pertandingan e-sports,” katanya.

Beliau berkata, pertandingan logo dan slogan sempena sambutan Jubli Emas telah berlangsung pada Oktober hingga Disember tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

“Marhan Muhammad telah memenangi tempat pertama bagi pertandingan slogan, manakala Muhammad Faez Hamzah pula tempat pertama pertandingan logo,” katanya.

Sumbangan Tabung Ladang Berskala Besar (TLBB)

Pada tahun 2014, KPLB telah memperuntukkan sebanyak RM4.78 juta kepada Kejora bagi melaksanakan Projek Tanaman Nanas di bawah Program Projek Ladang Buah Berskala Besar (EPP7).

Melalui pelaksanaan program itu, Tetuan Egrobumi Sdn Bhd telah dilantik sebagai syarikat peneraju dan merupakan pemajak tanah Kejora iaitu seluas kira 124 hektar di sebahagian Kawasan Pertanian Kampung Tuan Seh, Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor.

Oleh itu, pihak syarikat dikehendaki menjelaskan wang sumbangan Tabung Ladang Berskala Besar (TLBB) kepada Kejora untuk diberikan kepada golongan sasar di dalam wilayah Kejora khususnya peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Taman Sinar Sedili.

Sehubungan itu, Kejora telah memperuntukkan sebanyak RM19,600 iaitu pada kadar RM200 bagi setiap ketua isi rumah Taman Sinar Sedili melibatkan 98 ketua isi rumah.

Projek tanaman nanas di bawah Program Projek Ladang Buah Berskala Besar di Ladang Tuan Seh, Sedili Besar, Kota Tinggi.
Projek tanaman nanas di bawah Program Projek Ladang Buah Berskala Besar di Ladang Tuan Seh, Sedili Besar, Kota Tinggi.

Dividen projek ternakan burung walit berkelompok Kampung Belukar Durian

Projek di bawah program peningkatan pendapatan, skim pembangunan kesejahteraan rakyat wilayah Kejora itu bermatlamat meningkatkan pendapatan kumpulan sasar daripada golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah B40 di luar bandar.

Sehingga Disember 2020, sebanyak RM22,260 telah dibelanjakan bagi bayaran dividen kepada peserta melalui hasil keuntungan projek berkenaan.

Agihan kepada 30 orang peserta e-Kasih di mukim Sedili Kecil dengan jumlah sebanyak RM300 seorang hasil daripada keuntungan Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian.

Sarang burung walit memberi pulangan lumayan menerusi projek ternakan burung walit berkelompok di Kampung Belukar Durian.
Sarang burung walit memberi pulangan lumayan menerusi projek ternakan burung walit berkelompok di Kampung Belukar Durian.

Program Kejora

1. Pertandingan mencipta logo dan slogan – Oktober hingga Disember 2020

2. Majlis prapelancaran Jubli Emas Kejora- 25 Februari 2021

3. Virtual Run - Mac 2021

4. Majlis bacaan Yasin dan tahlil di Kampung Wilayah - Jun 2021 hingga Mei 2022

5. Program kualiti dan latihan - Januari hingga Oktober 2021

6. Promosi dan program keusahawanan - Januari hingga Disember 2021

7. Seminar sekuriti makanan - Jun 2021

8. Seminar pemantapan JPKK Wilayah Kejora - Mac hingga April 2021

9. Pertandingan e- sports- 2021

10. Menaik taraf bangunan Ibu Pejabat Kejora - Mei 2021 hingga Januari 2022

11. Mengecat dan menaik taraf bangunan Ibu Pejabat Kejora - Mei 2021 hingga Januari 2022

12. Wawancara eksklusif - Januari 2022 hingga Jun 2022

13. Cerita pendek - Januari 2022

14. Penerbitan ‘Coffee Table᾿ - Januari 2022

15. Konvensyen JPKK Wilayah Kejora- April 2022

16. Pertandingan Kuiz - Jun 2021 hingga April 2022

17.Pengkisahan Kejora - Mei 2022

18.Karnival Sukan - Mei 2022

19. Program Jelajah ke Wilayah Kejora - Mei 2022

20. Executive Talks - Jun 2022

21.Pameran - Jun 2022

22. Mercu tanda - Jun 2022

23. Karnival dan Eskpo serta Majis Perasmian Jubli Emas Kejora - Jun 2022

24. Kejora@ Youtube Channel - Oktober 2020 hingga Jun 2022