Kon Yeow terima suntikan Covid-19

Kon Yeow menunjukkan tanda bagus selepas menerima suntikan pertama Covid-19.
Kon Yeow menunjukkan tanda bagus selepas menerima suntikan pertama Covid-19.
A
A
A

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjadi antara yang terawal di negeri ini menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Ahad.

Kon Yeow menerima suntikan pertama itu di Auditorium Hospital Pulau Pinang, Kompleks Rawatan Harian (ACC), Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

Penyelia Jururawat HPP, Matron Hafizah Hamzah bertanggungjawab melakukan suntikan berkenaan.

Turut menjadi individu terawal yang menerima suntikan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy.

Selain itu Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Asmayani Khalib; Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar juga antara individu terawal menerima vaksin itu.

Majlis berkenaan sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Jabatan Kesihatan negeri sebelum ini memaklumkan program berkenaan bakal dilaksanakan kepada tiga fasa membabitkan tempoh pelaksanaan selama setahun.

Sasaran adalah meliputi 70 peratus, iaitu 1.3 juta rakyat Pulau Pinang, bagi membolehkan imuniti kelompok dibentuk.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, sebanyak 15 lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dikenal pasti membabitkan tiga dewan bagi setiap daerah di negeri ini.