Tak mampu beli tiket pesawat, keluarga pikul jenazah 60km

Keluarga berkenaan terpaksa memikul jenazah dengan tandu dan berjalan sejauh 60 kilometer. - Tribunnews
Keluarga berkenaan terpaksa memikul jenazah dengan tandu dan berjalan sejauh 60 kilometer. - Tribunnews
A
A
A

SULAWESI - INDONESIA. Sebuah keluarga terpaksa berjalan sejauh 60 kilometer (km) demi mengebumikan jenazah ahli keluarganya di Luwu Utara, Sulawesi Selatan.

Mereka terpaksa memikul jenazah dengan tandu untuk menuju ke kampung halamannya.

Razi Tantah meninggal dunia di Rumah Sakit Andi Djemma Masambu Luwu Utara, hari ini.

Difahamkan, untuk pulang ke kampung halaman, jenazah perlu menaiki pesawat ringan namun kerana kekangan kewangan mereka terpaksa memikul jenazah sejauh 60km selama 18jam.

Harga tiket pesawat mencecah 50 juta rupiah (RM14,312) membuatkan keluarga itu membatalkan hasrat untuk memilih penerbangan itu.

Mereka hanya ada dua pilihan iaitu menggunakan motosikal ataupun pesawat tetapi akhirnya mereka memilih untuk berjalan kaki.

Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa menempuh jalan berlumpur mahupun tebing yang curam sebelum tiba di kampung berkenaan. - Tribunnews

Artikel Berkaitan: