X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

'Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...'

A
A

"BARU-BARU ini Belalang bersua muka dengan sepasang suami isteri yang kehilangan pekerjaan. Bila ditanya bagaimana mereka menampung keperluan harian keluarga, mereka jawab “ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi tidak apa kerana kami masih bernafas dan punya makanan di atas meja..”

Si suami menambah, pendapatan terakhirnya sebelum diberhentikan kerja adalah sekitar RM4,000 manakala si isteri RM2,800.

Apabila dicantum kedua-dua pendapatan seisi keluarga, mereka mampu hidup dalam keadaan yang agak selesa. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata yang masih bersekolah rendah.

Malapetaka menjelma apabila kedua-duanya diberhentikan kerja hampir serentak. Itu 12 bulan yang lalu. Sejak itu mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap. Mereka lakukan apa sahaja yang termampu untuk meneruskan kehidupan termasuklah menjual makanan dan kuih muih.

Mereka akui, kehidupan mereka agak kelam kabut kerana terkejar ke sana sini dalam keadaan tidak menentu tetapi mereka berazam untuk tidak meminta, sebaliknya akan terus berusaha. Mereka mempunyai keazaman yang kuat untuk kendiri – iaitu percaya dan yakin kepada diri sendiri.

Kepada pasangan suami isteri ini, Belalang perlu angkat topi kerana mereka enggan meminta-minta dan tidak pernah berputus asa, sebaliknya yakin di sebalik musibah, ada hikmahnya.

Belalang - Tidak terkata apa-apa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!