Guna duit i-Sinar pulihkan perniagaan, simpanan kecemasan

Norharizan memanfaatkan duit KWSP yang dikeluarkan untuk memperluaskan perniagaannya.
Norharizan memanfaatkan duit KWSP yang dikeluarkan untuk memperluaskan perniagaannya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pandemik Covid-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu nyata memberikan kesan yang cukup besar, terutamanya bagi golongan peniaga.

Pemilik Mek Jang Cafe, Norharizan Hassan, 42, mengakui walaupun perniagaannya terjejas teruk, dia dan suaminya, Mohd Faizal Nizam Mohd Speri, 41, tidak mengalah demi kelangsungan hidup dan perniagaan ‘nasi ganja’ yang diusahakan mereka.

“Pendapatan kami memang jatuh merudum. Pada mulanya rasa hilang punca kerana jumlah pelanggan turun mendadak. Kami anggap ini adat dan asam garam orang berniaga, apatah lagi kita semua terkesan.

“Mujurlah kerajaan membenarkan rakyat membuat pengeluaran KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar,” katanya.

Mohd Faizal membuat penghantaran makanan kepada pelanggan yang menempah 'nasi ganja' yang diusahakannya.
Mohd Faizal membuat penghantaran makanan kepada pelanggan yang menempah 'nasi ganja' yang diusahakannya.

Pekerja swasta, Muhamad Safuan Md Salleh, 33, pula berkata, langkah kerajaan memberi peluang kepada rakyat membuat pengeluaran KWSP adalah tepat pada masanya.

Menurutnya, dia sendiri memohon pengeluaran i-Sinar bagi keperluan pendidikan anak-anak, di samping membayar hutang dan membuat simpanan kecemasan.

“Kita tidak tahu bila Covid-19 ini akan berakhir. Jadi, dengan sejumlah wang yang ada daripada pengeluaran KWSP ini, saya harapkan dapat memberikan sinar dalam menyusun kembali perbelanjaan keluarga dan pendidikan anak-anak saya yang seramai tiga orang ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

MUHAMAD SAFUAN
MUHAMAD SAFUAN