Sucikan sumber wang untuk ibadah umrah, haji

Md Daud Che Ngah - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Md Daud Che Ngah - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM – Umat Islam yang mahu menunaikan ibadah umrah atau haji perlu suci hati, suci pakaian dan suci sumber wang supaya ibadah yang dibuat tidak bercampur dengan perkara yang tidak baik.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, justeru dalam isu penggunaan sumber wang yang haram untuk menunaikan ibadah tersebut, pengasingan perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Jika sekiranya kita memiliki wang yang sudah mengikut syariah, maka duit itu yang kita gunakan walaupun sedikit.

“Tapi jika duit sudah bercampur dengan yang haram, kena tengok adakah kita mempunyai kekuatan untuk mengingati semula sumber yang datang itu banyak mana haram dan halalnya. Maka (perlu) ikut kaedah asingkan halal dengan haram,” katanya pada Program Wacana Al-Quran Siri ke-94 bertajuk ‘Cuci Duit Pergi Umrah' di Kumpulan Karangkraf.

Program itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Fazrul Ismail.

Turut menampilkan Pengurus Syariah Unit Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman manakala qari jemputan, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman memperdengarkan surah Al-Imran ayat 135 - 136.

Barisan penalis dari kiri, Fazrul, Md Daud, Ahmad Husni dan Ahmad Tarmizi yang menjayakan Program Wacana Al-Quran Siri ke-94 bertajuk ‘Cuci Duit Pergi Umrah' di Kumpulan Karangkraf. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Barisan penalis dari kiri, Fazrul, Md Daud, Ahmad Husni dan Ahmad Tarmizi yang menjayakan Program Wacana Al-Quran Siri ke-94 bertajuk ‘Cuci Duit Pergi Umrah' di Kumpulan Karangkraf. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

< Md Daud menjelaskan, Jawatankuasa Muzakarah Haji memutuskan ibadah haji yang dilakukan daripada sumber wang haram adalah sah jika cukup rukun haji.

Bagaimanapun ujar beliau, ibadah tersebut mungkin tiada nilainya (mabrur).

Artikel Berkaitan:

“Terpulang kepada ALLAH SWT kerana perkara ini ghaib..kita tidak dapat menghukum cuma kita kena elakkan,” katanya.