X

Kindly register in order to view this article
!

Projek lapangan terbang, parking bertingkat bermula April depan

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di Kota Bharu adalah lapangan terbang domestik paling sibuk di negara ini. Gambar kecil: Mustapa Mohamed
A
A

KOTA BHARU - Projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini dengan kos RM 440 juta akan bermula pada April.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek itu melibatkan pembinaan tempat letak kereta bertingkat, tambahan lima jambatan udara (Aerobridge) selain penambahbaikan jalan keluar dan masuk lapangan terbang.

“Pada tahun 2019, LTSIP catat 1.8 juta penumpang sedangkan kapasiti semasa cuma mampu tampung 1.5 juta.

“Ini adalah lapangan terbang domestik paling sibuk di negara ini dan perlu dibesarkan serta dinaik taraf bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu.

Tambahan lima jambatan udara (Aerobridge) selain penambahbaikan jalan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Tambahan lima jambatan udara (Aerobridge) selain penambahbaikan jalan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Beliau berkata, komponen utama projek melibatkan pembinaan bangunan terminal baharu yang berkonsepkan reka dan bina (design and build) dengan pengasingan balai ketibaan serta pelepasan.

“Apabila siap kelak bangunan terminal baharu ini mampu mengendalikan 4 juta penumpang setahun,” katanya.

Mustapa berkata, kerajaan bersetuju melantik WCT Bhd sebagai kontraktor dan dijangka masuk ke tapak pada April 2021.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di Kota Bharu menerima 1.8 juta penumpang pada tahun 2019 melebihi kapasiti 1.5 juta mampu tampung ketika ini.
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di Kota Bharu menerima 1.8 juta penumpang pada tahun 2019 melebihi kapasiti 1.5 juta mampu tampung ketika ini.

“Mengikut perancangan projek ini akan siap pada pertengahan tahun 2024 dan akan meningkatkan lagi tahap keselesaan pengguna.

“Projek LTSIP adalah antara projek terbesar di Kelantan yang dapat meningkatkan perhubungan antara negeri ini dengan negeri-negeri lain di seluruh negara,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!