X

Kindly register in order to view this article
!

KPM digesa betulkan fakta buku teks Sejarah Tingkatan Empat

Pemuda UMNO menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik balik dan memperbetulkan semula fakta-fakta penulisan di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik balik dan memperbetulkan semula fakta-fakta penulisan di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, desakan ini perlu di ambil perhatian sepenuhnya bukan sahaja daripada pihak Kementerian malah rakyat secara keseluruhannya.

“Isu kandungan buku teks Sejarah ini bukan isu politik bahkan ia bukan sahaja dibangkitkan oleh Pemuda UMNO tetapi tokoh akademik, sejarawan dan lebih 73 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) sehingga menubuhkan Sekretariat Gabungan NGO Tolak Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

“Sebagaimana yang didedahkan dalam forum ‘Buku Teks Sejarah Dimanipulasikan – Komunis Pula Diagungkan’ pada Jumaat, banyak kesalahan fakta dalam penulisan kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat,” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya pada Sabtu.

Sehubungan itu, Muhammad Nur Aizat turut mendesak agar pihak polis segera melakukan siasatan terhadap laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh NGO seluruh Malaysia bagi menyiasat isu tersebut sama ada wujudnya campur tangan pihak-pihak tertentu dalam proses penulisan kandungan buku teks berbabit.

Pada Jumaat, sebuah forum Diskusi Live Facebook Pemuda UMNO Malaysia bertajuk ‘Buku Teks Sejarah Dimanipulasikan - Komunis Pula Diagungkan’ bersiaran di Facebook milik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan PPUM Online.

Forum tersebut membincangkan topik berkaitan penulisan fakta kandungan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

Turut hadiri dalam perbincangan berkenaan adalah Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam serta Timbalan Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Tolak Buku Sejarah Tingkatan Empat Datuk Yazid Othman.

ARTIKEL BERKAITAN Buku teks Sejarah Tingkatan Empat patuhi proses penerbitan: KPM


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!