PRU hanya selepas negara pulih

 Hamzah Zainudin
Hamzah Zainudin
A
A
A

SELAMA - Kerajaan Pakatan Nasional (PN) pastinya akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan Covid-19 dalam negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik itu.

"Ia bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan saya berdoa biarlah penyakit ini berkurangan di negara kita, dan imunisasi telah dilakukan, barulah kita adakan pilihan raya," kata beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya ketika situasi Covid-19 masih belum reda boleh memudaratkan.

Terdahulu Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyerahkan bantuan berupa beg sekolah dan pakaian seragam kepada 1,000 murid sekolah kebangsaan dan pelajar sekolah menengah di kawasan Batu Kurau di bawah Program Back To School di Dewan Astaka di Batu Kurau, dekat sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: