‘Alhamdulillah, sihat walafiat selepas suntik vaksin’ - Dr Adham

Adham Baba bersama Mohd Shafiq di pejabatnya pada Sabtu. - Foto: Facebook Adham Baba
Adham Baba bersama Mohd Shafiq di pejabatnya pada Sabtu. - Foto: Facebook Adham Baba
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan beliau dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah berada dalam keadaan baik selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya akan terus menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin bagi menghentikan penularan Covid-19.

“Alhamdulillah kami berada dalam keadaan sihat walafiat selepas 48 jam disuntik vaksin Covid-19. Kami dan seluruh warga kerja KKM akan terus berjuang serta berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menghentikan penularan Covid-19.

“Bersama kita mainkan peranan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Pada Khamis, Adham Baba telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Kesihatan Putrajaya, Presint 11.

Turut menerima suntikan pada hari sama ialah Mohd Shafiq dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Artikel Berkaitan: