Pemandu teksi bajet terima sumbangan

Nicole (tengah) semasa menyampaikan sumbangan kepada pemandu teksi bajet Seremban 2 pada Sabtu.
Nicole (tengah) semasa menyampaikan sumbangan kepada pemandu teksi bajet Seremban 2 pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 15 pemandu teksi bajet yang beroperasi di Perhentian Seremban 2 menerima sumbangan barangan dapur anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Kepayang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Kepayang, Nicole Tan, sumbangan bagi membantu pengusaha teksi bajet berkenaan.

"Perniagaan teksi semakin merosot bukan sahaja disebabkan penularan wabak Covid-19 sahaja tetapi persaingan daripada pemandu e-hailing.

"Ramai di antara mereka yang terpaksa melakukan pelbagai kerja lain bagi menampung perbelanjaan dan menambah pendapatan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan itu berkata, sumbangan pertama kali itu sebagai permulaan dan akan diteruskan pada masa akan datang mengikut keperluan.

Nicole menanam pokok buluh hiasan di Pusat Hentian Teksi di Seremban 2.
Nicole menanam pokok buluh hiasan di Pusat Hentian Teksi di Seremban 2.

Dalam pada itu, Nicole memberitahu, Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Bajet mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Seremban untuk menjadikan lokasi di hadapan AEON Seremban 2 sebagai pusat hentian teksi.

"Bagi mencantikkan kawasan tersebut pejabat saya bersama Persatuan Pencinta Alam (MNS NSM) dan Bukit Kepayang Go Green telah menanam dua pokok buluh hiasan di hentian teksi itu.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga akan membantu menaikkan taraf perhentian teksi ini supaya aspek keselamatan dan keselesaan pemandu teksi serta penumpang dapat dijaga dengan baik,”katanya.

Katanya, usaha berkenaan antara inisiatif untuk menghijaukan kawasan sekitar.