X

Kindly register in order to view this article
!

Bomba selamatkan kucing terperangkap atas awning

Kucing yang terperangkap di sengkuap sebuah pangsapuri akhirnya berjaya diselamatkan. Foto FB JBPM Sungai Buloh.
A
A

SUNGAI BULOH - Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di sengkuap (awning) tingkat dua pangsapuri lima tingkat di Jalan Matahari U5/117 Subang Bistari di sini, pada pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.20 pagi berhubung perkara itu.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota bomba termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi didapati seekor kucing berada di atas awning dan tidak dapat turun.

“Anggota bomba bertugas bertindak memanjat awning dan seterusnya menyelamatkan kucing tersebut,” katanya.

Menurutnya, haiwan berkenaan kemudian diserahkan kepada pemiliknya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!