X

Kindly register in order to view this article
!

Tuchel tidak mahu mimpi ngeri berulang

Tuchel
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel tidak mahu mimpi ngeri tewas menerusi perkiraan jaringan di tempat lawan kepada Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara 2019 lalu berulang apabila berdepan skuad The Red Devils di Stamford Bridge malam ini.

Menurut Tuchel, selaku pengendali Paris Saint Germain (PSG) ketika itu, dia menyifatkan kekalahan berkenaan sebagai kegagalan terbesar sepanjang kariernya setakat ini setelah menewaskan United 2-0 di Old Trafford tetapi terpaksa akur apabila tewas 1-3 di Parc des Princes.

Justeru katanya, dia berazam untuk memastikan kejayaan skuad The Blues itu kali ini dan seterusnya mencerahkan peluang untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

“Kali ini saya mahu memastikan kemenangan skuad kendalian saya kerana ia adalah perkara penting yang diperlukan ketika ini.

“Semua pasukan adalah ‘pencabar’ buat kami dan oleh itu kami akan sentiasa beraksi untuk menang.

“Kami juga sebenarnya sukakan pertandingan ini (EPL) dan kami sukakan kemenangan walaupun menjangkakan tentangan sengit daripada pihak lawan,” katanya.

Chelsea kini berada pada kedudukan kelima EPL dengan 43 mata berbanding United pada kedudukan kedua dengan 49 mata.

Mengulas persediaan Chelsea Tuchel berkata, kesemua pemain disahkan cergas dan boleh beraksi kecuali tonggak pertahanan, Thiago Silva yang mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, Tuchel lega apabila bintang Jerman Kai Havertz disahkan boleh beraksi untuk perlawanan berkenaan setelah berehat selama tiga minggu akibat kecederaan.

“Bagi saya, sejak tiba di Stamford Bridge, saya melihat Havertz sebagai seorang pemain yang komited namun masalah kecederaannya sering menghalangnya untuk mencetuskan impak dalam EPL.

“Pada usia 21 tahun, dia telah keluar dari ‘zon selesa’ dan sanggup mengharungi cabaran besar bersama pasukan gergasi yang beraksi dalam saingan liga terbesar di dunia.

“Dia juga dilihat begitu berbahaya ketika berada dalam kotak penalti lawan dan diharap itu mampu menghadirkan sesuatu dalam kejayaan pasukan nanti,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!