Pekerja asing lari lintang-pukang nampak dron

Kilang aktiviti melebur tembaga yang didapati beroperasi tanpa kebenaran MDHS.
Kilang aktiviti melebur tembaga yang didapati beroperasi tanpa kebenaran MDHS.
A
A
A

HULU SELANGOR - Pekerja asing di sebuah kilang kitar semula di kawasan Perindustrian Miel, Batang Kali di sini, lari lintang-pukang selepas melihat dron diterbangkan anggota penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang digunakan untuk memeriksa kilang terbabit.

Bahagian Korporat MDHS menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menjalankan serbuan setelah mengenalpasti kilang terbabit melanggar arahan notis penutupan dikeluarkan pada 17 Februari lalu.

Menurutnya, ketika anggota penguat kuasa tiba di kilang berkenaan, pintu utama premis didapati masih berkunci menggunakan mangga ( padlock) yang dipasang (ketika operasi) sebelum ini.

“Anggota penguat kuasa menggunakan dron untuk meninjau sama ada terdapat pekerja di dalam premis terbabit atau sebaliknya.

“Hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa pekerja warga asing sedang melarikan diri dari premis. Tinjauan turut mendapati mesin dan peralatan yang digunakan beroperasi seperti biasa,” katanya yang memaklumkan serbuan itu disertai 24 anggota penguat kuasa dan empat pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam MDHS.

Forklift digunakan yang disita MDHS.
Forklift digunakan yang disita MDHS.

Menurutnya, MDHS mengambil tindakan dengan menyita lima buah forklift di premis terbabit menggunakan peruntukan Seksyen 109, Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan mengingkari notis dikeluarkan MDHS selaku pihak berkuasa tempatan.

Dalam perkembangan sama, MDHS memaklumkan pihaknya turut menyita empat buah forklift di sebuah premis yang menjalankan aktiviti melebur logam di Jalan Zuhrah 1, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan, pekerja masih berada di dalam premis yang beroperasi seperti biasa.

“Bagi melumpuhkan aktiviti melebur tembaga di premis berkenaan, empat forklift disita di bawah Undang-undang Kecil 38(1), Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007,” katanya

Seramai 27 anggota yang terlibat di dalam operasi berkenaan yang terdiri daripada 24 anggota penguatkuasa dan 4 orang pegawai