Belum masa rombak Liverpool

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

BIARPUN Liverpool mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan tidak menentu hingga menyumbang kepada beberapa kekalahan, namun masanya belum tiba untuk melakukan sebarang rombakan besar-besaran.

Perkara itu ditegaskan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang percaya skuad The Reds itu masih mampu melakukan kebangkitan dan menamatkan saingan EPL musim ini pada kedudukan yang lebih baik.

“Saya tidak fikir sekarang masanya untuk kita lakukan rombakan besar-besaran kepada pasukan ini dengan membawa masuk pemain-pemian baharu kerana ramai pemain masih memiliki kontrak.

“Sebenarnya, pasukan ini, kesemua pemain tidak berpeluang untuk beraksi bersama-sama walaupun sekali pada musim ini dan ini adalah perkara yang benar-benar berlaku.

“Bagaimanapun, kita akan lakukan beberapa rombakan berdasarkan prestasi semasa pasukan dan seterusnya turut merancang untuk masa depan,” katanya.

Liverpool yang kini berada pada tangga keenam EPL dengan 40 mata bakal berkunjung ke Bramall Lane untuk berdepan skuad tercorot, Sheffield United.

Sementara itu, Klopp berharap The Reds mampu mencatatkan beberapa kemenangan selepas ini dalam usaha untuk berada pada kedudukan terbaik dan mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Bagaimanapun katanya, skuad The Reds itu juga bakal mengharungi pelbagai cabaran bagi mengekalkan momentum kemenangan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Memenangi perlawanan demi perlawanan sememangnya sesuatu yang bagus tetapi keadaan kini berbeza dan kami perlu melalui pelbagai cabaran.

“Namun apa yang penting, kami masih ‘Liverpool’ dan itulah yang sering kami rasakan kerana kami bukan pasukan yang hanya menang 20 kali berturut-turut, tidak pernah tewas di gelanggan sendiri dan sebagainya.

“Saya juga berada di sini untuk bertugas dan bukan hanya untuk meraikan kejayaan semata-mata,” katanya.