Guru 57 tahun sahut tawan Kinabalu

Halim bersama peserta yang akan mendaki Gunung Kinabalu selepas pelancaran di PPD Besut.
Halim bersama peserta yang akan mendaki Gunung Kinabalu selepas pelancaran di PPD Besut.
A
A
A

BESUT - Seorang guru menyahut cabaran menawan puncak Gunung Kinabalu walaupun usianya sudah menjangkau 57 tahun.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelagat, Harun Ibrahim menyahut cabaran tersebut bersama 16 guru lain dan lapan pelajar dari daerah ini yang akan mula melakukan pendakian bermula jam 9 pagi Khamis ini.

Menurutnya, minatnya dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menyelam timbul sejak dia mula menjadi guru 29 tahun.

“Syukur kerana saya masih diberi kesihatan, kekuatan dan tidak ada sebarang penyakit sekali gus membolehkan saya terus aktif dengan program mencabar seperti mendaki gunung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Program Pendidikan Luar ‘Besut Jogho’ di Puncak Kinabalu 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut, semalam.

Artikel Berkaitan: