Kenakan kompaun pada kadar munasabah

Angkatan Bersatu Anak Muda
Angkatan Bersatu Anak Muda
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa pihak berkuasa supaya mengenakan kompaun pada kadar yang munasabah mengikut kesesuaian tempat dan keadaan, selaras dengan matlamat untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Menurut Pengerusi Biro Undang-Undang Armada Bersatu, Mohamad Siddiq Azani, pihaknya mengambil maklum berhubung kenaikan denda sehingga RM10,000 yang akan berkuat kuasa pada 11 Mac ini.

Katanya, tiada kadar tetap denda yang dikenakan namun ia tidak boleh melebihi RM10,000.

“Orang ramai yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa diingatkan untuk membuat rayuan di mahkamah sekiranya tidak mampu untuk membuat bayaran kompaun tersebut.

“Sebagai contoh, sekiranya seseorang dikompaun sebanyak RM1,000, dia masih boleh membuat rayuan di mahkamah dan atas budi bicara boleh memberi pengurangan denda tersebut bergantung kepada keadaan khas serta berdasarkan kepada fakta kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga diharapkan dapat menggunakan budi bicara sebelum mengenakan kompaun kepada orang awam bersesuaian dengan keadaan dan lokasi.

“Mana-mana pihak yang memerlukan nasihat lanjut boleh menghubungi Biro Undang-Undang Armada Bersatu menerusi Facebook Armada Bersatu Malaysia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kompaun ingkar PKP naik RM10,000 mulai 11 Mac

Artikel Berkaitan: