Perkhidmatan ekspres antarabangsa disambung semula

Perkhidmatan ekspres antarabangsa Pos Malaysia disambung semula 1 Mac ini.
Perkhidmatan ekspres antarabangsa Pos Malaysia disambung semula 1 Mac ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan ekspres antarabangsa akan disambung semula ke destinasi antarabangsa yang terpilih mulai 1 Mac ini.

Pos Malaysia Berhad dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, perkhidmatan itu disediakan bagi penghantaran antarabangsa dokumen dan barangan dengan penambahan surcaj sementara yang akan dikenakan ke Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

"Surcaj tambahan ini dikenakan bagi menampung kenaikan kos pengangkutan udara komersial dan keperluan pelarasan rangkaian udara dalam tempoh yang dihadapi sekarang.

"Berikutan situasi wabak Covid-19 yang masih memberi kesan terhadap negara di seluruh dunia, Pos Malaysia ingin memastikan agar pilihan perkhidmatan penghantaran antarabangsa terus disediakan ke destinasi antarabangsa utama," katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Pos Malaysia Berhad menjelaskan, pelanggan juga boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan premium AsiaXpress untuk penghantaran antarabangsa ke lebih 200 negara di seluruh dunia.

"Perkhidmatan AsiaXpress disediakan di pejabat pos terpilih dan cawangan Pos Laju seluruh negara," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: